Posted by: balqis87 | November 1, 2009

Prevention is better than cure

Islam dijadikan begitu indah. Mengatasi segala mudharat dengan “prevention”. Lain sekali dengan bukan Islam. Lebih kepada “cure”.

Arak. Allah mengharamkan arak yang mampu memberi mudharat kepada manusia. Walaupun kajian saintifik banyak membuktikan mudharatnya arak, yang bukan Islam tetap dengan melayan nafsunya bersama arak, dengan mengambil pendekatan, cara-cara mengatasi mudharat selepas minum arak (ie. dilarang memandu ketika mabuk, makan cheese selepas minum wine)

Wanita. Senaraikan sahaja ruang lingkup aurat wanita bersama bukan muhrimnya. malah larangan bukan sahaja terhadap zina, tetapi, tindakan-tindakan menghampiri zina juga diharamkan. dari mata turun ke hati. dari hati turun ke?

Sabar. Islam mengajar untuk bersabar. Sabar itu bukan selepas tumbuk dan maki dilepaskan. tetapi sabar itu adalah “tiada rasa sesak di dada”. Dicantas amarah seawal-awal dari terbitnya rasa. Dari Hati.

“Mengelak” lebih baik daripada terjerumus ke lembah yang selalunya tidak akan tahu di manakah jalan keluarnya.

Posted by: balqis87 | October 26, 2009

Khabaran

Khabaran yang tak putus..

Berdebar dgn khabaran-khabaran seterusnya…

Hah.. iman.. kuatlah kamu

Posted by: balqis87 | September 30, 2009

Oo God. I miss them

Posted by: balqis87 | September 28, 2009

Thanks, abah ummi!

Ikhlas tu, sgt susah nk dilihat. Tapi, mudah dilihat dalam redup mata ikhlas insan bergelar abah n ummi. Kenapa la abah ummi sangat2 super baik?

Rindu suara, ketawa dan aksi-aksi comel dan kelakar mereka.
Terima kasih sebab datang. I love u both the most!

Ana & Miza: Muka kak balqis sama mcm muka abah akak
Kak tie: Muka balqis sama macam muka ummi
Ummi: Maknanya, muka ummi sama dgn abah!
Balqis: Mmmm…

Balqis: Ada apa-apa lagi barang abah ummi yang tinggal?
Abah: Ada-ada!
Balqis: Nak ambik ke, bah?
Abah: Anak abah je yang tinggal..
Balqis: Sweetnya abah!!! (dlm hati..huhu..sob-sob)

Call Malaysia
Balqis: Opah nak apa? Handbag?
Opah: Dah banyak dah handbag. Bag pun dah banyak. dah ada dah
Balqis: Apa yang opah takde lagi? Nak wallet
Opah: Wallet dah ada. Semua dah ada. Cucu sulung opah je yang takde kat sini..
Balqis: Nanti yong balik la.. insyaAllah..

Best. sbb takde adik2. rasa cam anak tunggal. Fokus and specific on me. hehe. jgn jeles. tapi adik2 pun kalau xwujud, cm xbest plak.

Text messeged with sarah:
Balqis: Yong ngan abah ummi baru jumpa koala ngan kangaroo! jgn jeles
Sarah: OOoo. ye ke. suruh ummi abah bawak balik sekor. Nak compare ngan asyraf. Nak tengok sama x ngan dye.

My status ym: terbayang2, terngiang2, terkenang2.. wuuwuwwuww..
Tqa: olololo… ciannnye… we got them (abah ummi) anyway! yeay
cesssss

Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara akan daku pada waktu kecil. (Al-Isra’ – 17:23-24)

Posted by: balqis87 | September 14, 2009

Mati: tiada talian hayat

Diskusi yang diharapkan menjadi Riyadhussalihin [Taman orang-orang soleh] lewat malam itu sangat memberi ketukan di akhirnya. Selepas panas dalam basah yang cuba dikekal dari awal hingga ke penghujung, diredah dengan penuh harapan redha dan barakah Allah.

Lantas mata takut untuk dipejam dek ribuan dosa tak terhitung yang pastinya menandingi amal yang entah secebis mana. Dosa yang takkan tiba kalau bukan kerana iman yang sering bertatih lemah mengharungi rancak nafsu yang deras tak dikekang dengan mujahadah yang dahsyat.

Rengekan taubat, pujukan maaf, berselang seli dengan sujud mengharap supaya Dia berpaling menatap hamba jijik yang sering tak mengenal erti pahala dan dosa dalam kelalaian nafsu.

Amaran demi amaran terbayang selepas satu ketukan mudah malam itu. Hati tak terhenti debar menjangka ghaib sang pencabut nyawa entah sejauh mana jaraknya. Tika iman menguasai diri yang sekali sekala inilah membuatkan hati benar-benar takut tak terjelas.

Takutkan azab yang dihidang ketika bersendirian dalam kubur, tanpa peneman yang sering sahaja diharap-harapkan kalau di dunia. Tanpa penenang masalah seperti yang sering didambakan ketika didunia. Tanpa lembut kulit, harum perfume, sisiran rambut… bila dijanjikan azab buat pembakar tiap dosa yang dipikul setiap satu pancaindera, balasan dosa selama berjuta-jutaan jam hidup di dunia.

Cakap memang mudah. Iman di hati bukan mudah dijaga andai sering layu dalam mujahadah.

Posted by: balqis87 | September 9, 2009

Mencari fajar

Aku pencemuh waktu yang berlalu
Mengimpikan malam-malam dulu
Yang menyatukan janji dalam dakapan itu

Katanya, “bukankah sang fajar semakin hampir?”

Bila? Sedangkan langit masih terlalu gelap.gelita.tak bercahaya.

Katanya, “ingatlah bahawa, jika malam terlalu gelap, maka ia menjadi petanda bahawa cahaya fajar akan segera menjelma”

Walaupun terlalu gelap?

Katanya, “betapapun gelapnya malam, pasti fajar akan muncul jua”

Dalam kegelapan malam, bahagiaku hilang!

Katanya, ” Sebenarnya kebahagiaan itu ada dalam dirimu, maka janganlah mencarinya di tempat lain kecuali di dalam dirimu juga”

Katanya = kata-kata Syeikh Aidh Al-Qarni

Posted by: balqis87 | September 9, 2009

Hakikat dunia

Dua orang manusia
Jalan dan ketemu sang cinta
Dilihat ditenung rupa
Indah dikagumi harum baunya

Lantas bermusafir bersama
Harum memang ada
Indah masih rupanya
Namun rupanya makin lama
Makin zahir ternyata
Ada yang tak sedap dijiwa
Ada yang tak terkenan rasa

Yang satu
Melangkah berundur berlalu
Hampa kerana rupanya bukanlah seindah dahulu
hampa kerana kagum bukanlah seperti selalu

Yang kedua
Tetap nekad bersama
Saling melengkapi itu hikmahnya
Saling menutupi itu manisnya

Sang cinta
Kenal itulah hakikatnya
Indah kan dikagumi semesta
Buruk hanya yang setia merasa

..Hakikat dunia..
Duniakah kita?

Posted by: balqis87 | September 5, 2009

Sempit dada

When i was a child.

I learned to strive hard on whatever i really want. And God always gives. On that time, the tarbiyah for me was: if you want something, strive hard.

As time goes by,

I love to strive hard.. in any way that i can.

but, now i learn that, even though I’ve strives hard for what i really want (really-really want). God doesn’t usually gives on the way that i want. but He gives me what i need. the tarbiyah is: by striving hard, doesn’t mean you can get it. not everything you want you can get.

Patience is Sabar.
Sabar ialah tiada rasa sempit dada.

Posted by: balqis87 | August 31, 2009

bersediakah?

benar-benarkah hati, jiwa dan raga telah bersedia?

Posted by: balqis87 | August 26, 2009

Zahratul Hamra’

“Kamu umpama mawar yang sedang berusaha untuk mekar. Moga tak dicantas angin ribut yang menderu, moga putus asa bukan pilihanmu.. Moga hari dirimu indah akan tiba.Mekar dengan merahmu, harum dengan wangianmu ke seluruh pelusuk dunia.. Usahamu bukan bersendirian. Bukankah rama-rama dan sang kumbang yang sibuk memindah manisan sambil laju berzikir mengagumi Sang Pencipta terlalu layak untuk menemani dirimu? Usah ragu lagi.. tampilkan mekarmu. Dunia ini bakal lebih indah dengan harumanmu” katanya.

roses

“Kelopak ini tidak semekar kamu. Harumanku tak sehebat kamu. Angin terlalu kuat menderu. Akankah aku mekar dengan indah dan haruman yang diimpikan?” ajunya.

Diam. Hanya deru angin kedengaran. Bersama butir-butir zikir yang khusyuk dialun. Biarkan terjawab dengan jawapan yang telah sendiri diketahuinya.

Zahratul Hamra’ akan kekal di situ dengan merahnya. Hanya zahrah itu yang perlu tahu nilaiannya di mata Syurga. Untuk dia terus yakin berkongsi indah mekar merah dan harumannya.

di mata Syurga

Older Posts »

Categories